4.05.2012

[joy.writting] NYAWA BAGAI TEKA-TEKI C1P4

BAB 1 : BAHAGIAN 4

"runtuhan terulung dibikin hiasan.."


Si mangsa memandang tepat pada anak mata si penjahat, mencari secebis rasa belas kasihan. Maafkan aku, walau apa pun salah ku. Bunyi nafas yang kini cemas, semakin kuat apabila si mangsa cuba bernafas dengan muncung pistol penuh dalam ruang mulutnya. Rasa besi dan karat dan belerang peledak. Tiba-tiba pistol ditarik keluar dari mulutnya. Helaan nafas lega dari si mangsa, tanda bersyukur nyawanya dipanjangkan sedetik lagi.
“Ada kata-kata terakhir?” tanya si penjahat.
“Aku..”
Belum sempat si mangsa menghabiskan ayatnya, muncung pistol ditekan kuat ke dahinya. Picu disentap dengan kuat. PAM! Bunyi tembakkan memecah kesunyian malam di sekitar bangsal usang yang entah di mana lokasinya. Mungkin terletak jauh dari populasi kerana si penjahat tidak mengenakan penyenyap. Peluru yang meluru keluar kurang dari sesaat bunyi tembakkan didengari, menusuk masuk ke dalam kulit dahi, melepasi lapisan tengkorak, menebuk otak si mangsa sebelum keluar di belakang kepala. Semua dalam sekelip mata. Mata si mangsa terbeliak. Nafas yang terakhir dihembus apabila peluru meninggalkan ruang otak.  Badan si mangsa yang keras menahan kesakitan sebentar tadi, terus lemah longlai tidak bernyawa. Tangan si mangsa terus jatuh menyeret lantai.
Darah dengan perlahan, malu-malu untuk menerpa keluar dari lubang di dahi mangsa. Mengalirlah darah menyusuri dahi si mangsa, ke dalam rambut dan menitik ke lantai. Si penjahat menghembuskan nafas lega. Matanya tertumpu pada sesuatu yang tergantung di leher mangsa. Seutas rantai perak, digelangi dengan sebentuk cincin yang berbatu permata. Si penjahat mengampu cincin tersebut dengan tapak tangannya sambil darah yang kini turun ke bawah, mengalir pada rantai tersebut.
“Jangan lupa,” Si penjahat mengeluh, sambil mengesat matanya yang kini sudah pun berair, sedih,“sampaikan salam aku padanya bila kau jumpa dia di sana.”
Rantai tersebut disentap, dan dimasukkan ke dalam kocek jaketnya. Dia kemudian bangun sambil mencapai pemegang beg peralatannya. Digalas beg tersebut selepas dilurut zipnya kembali. Dia berjalan dengan langkah yang perlahan menuju ke pintu besi yang kini menjadi saksi apa yang berlaku dalam bangsal usang ini. Tombol pintu dipulas, dan si penjahat berpaling untuk kali terakhir pada mayat si mangsa.
Mata si mati terus terbeliak, sambil darah yang kini telah selaras tekanannya dari dalam badan dan persekitaran bilik, mengalir dengan deras, meninggalkan si mati, memenuhi lantai. Merah pekat. Si penjahat kemudian menarik penutup kepala pada jaketnya melitupi rambut yang dibasahi peluh. Pintu besi dihempas dari luar sebelum kedengaran bunyi rantai-rantai besi dibelit pada pintu. Bunyi tapak kaki yang sedang berjalan ke arah belakang bangsal terhenti secara tiba-tiba. Suis dipetik dari luar rumah, dan kini lampu kalimantang yang menerangi ruang dalam bangsal yang tidak bertingkap ini terpadam. Gelap. Bunyi enjin kereta dihidupkan dan tayar-tayar yang mencengkam batu-batu jalan apabila kereta yang dipandu si penjahat meninggalkan bangsal tersebut, memecah kesunyian.
-TAMAT BAB 1-

[joy.writting] NYAWA BAGAI TEKA-TEKI C1P3

BAB 1 BAHAGIAN 3

"..cermin yang digilap takkan secerah cermin baru"


“Engkau yang lakukan sesuatu yang bodoh,” bisik si penjahat. Seperti dia sedang cuba untuk mengawal jentera kejahatan dalam dirinya. Tetapi hasutan syaitan dan dendam kesumat yang marak menyala, membakar segala perikemanusiaan yang ada dalam dirinya. Tidak ada apa yang boleh menghalang apa yang akan terjadi dalam beberapa minit yang akan datang. Hanya Tuhan.
Si penjahat mencapai beg peralatannya. Ditarik rapat beg itu ke kakinya. Zip disentap dan dikuakkan mulut beg tersebut sambil tangannya mula mengembur, mencari sesuatu di dalam beg yang dipenuhi dengan peralatan bertukang. Apa yang hendak ditukangi di situasi begini? Mungkin paku untuk dipasak ke dalam tubuh untuk menyeksa? Tukul untuk memecahkan apa yang patut dipecahkan untuk menamatkan riwayat seseorang? Gergaji untuk mengerat mangsa yang sudah tidak bernyawa – memudahkan pelupusan?  Tetapi bukan peralatan-peralatan ini yang dicari. Si penjahat sekali lagi menyeringai apabila menemui apa yang dicarinya dalam beg peralatan itu.
“Sebelum kau mati, aku ada hadiah untuk kau,” kata si penjahat sambil meletakkan sesuatu yang digenggamnya di atas lantai, di hadapan muka si mangsa. “Tidak adil kalau aku jumpa apa yang aku cari, dan engkau tidak.” Sambung si penjahat yang kini sudah berpaling dari si mangsa, menyelak penutup kepalanya dan menarik nafas yang panjang.
Muka si mangsa berubah apabila melihat apa yang dipersembahkan kepadanya, di atas lantai, di hadapan mukanya. Hadiah? Betul, tapi bukan dalam keadaan begini yang aku mahu menerimanya. Dahinya berkerut apabila melihat objek tersebut. Segala persoalannya telah terjawab. Kini sudah jelas, apa yang dicarinya selama ini sudah terhidang di hadapan mata. Tetapi, dengan keadaan yang terbelenggu dan mungkin akan disentap nyawanya dalam beberapa minit lagi, dia tidak dapat berbuat apa-apa. Hanya berserah. Objek yang berbentuk kiub, terdiri dari gabungan sekumpulan kiub-kiub kecil yang membentuk  enam muka, dilitupi oleh sembilan pelekat, setiap satu daripada enam warna yang berbeza. Ia adalah salah satu permainan teka-teki mekanikal 3 dimensi yang terkenal di seluruh dunia. Diberi nama sempena perekanya, Erno Rubik.
“Hari ini aku berjaya menemukan keenam-enam muka dengan warna yang sama.” Riak si penjahat, sambil bangun dari kerusi dan ditolaknya kerusi ke tepi. Kakinya menguis sampah sarap yang berada di sekeliling si mangsa.
 “Tugas aku hampir selesai,” si penjahat berkata sambil menyarung tangannya dengan sarung tangan kulit yang berwarna gelap. Dia menghampiri si mangsa, “Jadi, aku mahu selesaikan secepat mungkin. Aku penat. Dah tiba masa untuk aku pergi bercuti.” Ujar si penjahat dalam nada berseloroh.
Si penjahat dengan perlahan mencapai sesuatu yang diselitkannya di belakang badan. Mata si mangsa kini terbuka besar dan mula berlinang air mata apabila melihat apa yang dipegang si penjahat. Si penjahat senyum sambil mencekah Colt M1911. Muncung pistol yang diperbuat dari keluli kini dirodok ke dalam mulut si mangsa. Sudut pistol kini diacukan ke lelangit si mangsa. Jari si penjahat erat di pemetik picu. Peluh dingin membasahi kepala si penjahat. Tangan kirinya mengaru-garu kepala dan kembali merapi rambutnya.
-TAMAT BAHAGIAN 3-

4.04.2012

[joy.writing] NYAWA BAGAI TEKA-TEKI C1P2

BAB 1 : BAHAGIAN 2

"tidak perlu digilap cermin yang pecah.."


“Bagus! Engkau masih boleh sedarkan diri,” tegur si penjahat sambil mencekak pinggang. “Engkau kuat,” tangan si penjahat mengacah-acah untuk menumbuk tubuh si mangsa. “Aku biasanya memerlukan serbuk lada hitam untuk mengejutkan mereka-mereka yang sebelum engkau, ” sambung si penjahat lagi.
Dia kemudian  berjalan ke arah muka pintu dan menarik tombol pintu dengan perlahan. Pintu ditutup dan tangan kirinya laju menyeluk ke dalam poket seluar. Sekotak rokok dan sebatang pemetik api digenggam. Perlahan kakinya melangkah ke arah sebuah kerusi plastik yang bersandar pada dinding. Kerusi ditarik menghampiri si mangsa, dipusingkan supaya penyandar kerusi tersebut membelakangkan muka si mangsa. Kaki dikangkangkan dan punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi plastik itu. Pemetik api dipetik dan rokok yang sudah dikucup bibir dinyalakan. Asap rokok dihela dengan dalam sebelum dihembuskan ke arah siling. Si mangsa merengus dalam kesakitan. Si penjahat kembali menumpukan perhatiannya kepada si mangsa. Matanya penuh dengan kejahatan, seakan-akan syaitan yang bertopengkan manusia, gembira melihat apa yang terhidang di hadapan mata. Fikirannya yang penuh dengan dendam, keganasan dan seribu macam cara untuk mencabut nyawa si mangsa secara perlahan, jelas terpancar di raut wajahnya. Nafasnya kini semakin tidak tentu arah. Dia sudah tidak sabar. Sudah tiba masanya.
“Turunkan aku! Bukan ini caranya!” teriak si mangsa, diikuti batuk-batuk akibat nafas yang cemas. “Kita boleh berbicara selagi engkau tidak melakukan sesuatu yang bodoh! Turunkan aku!” si mangsa dalam keadaan mengah berteriak lagi, dengan harapan si penjahat gentar dengan gertakkannya.
“Engkau tak tahu sudah berapa lama aku memburu kau,” kata si penjahat sambil berlegar-legar sekeliling bilik.“Masa untuk berbicara sudah tamat. Engkau sudah tahu ini akibatnya kan?” Dia membongkok dan memandang si mangsa tepat pada mata. Kedua-dua tapak tangannya di tengkuk si mangsa, ditariknya ke atas supaya dapat dilihat wajah lelaki yang memulakan segalanya. Si penjahat membesarkan matanya dan mengetap gigi.
-TAMAT BAHAGIAN 2-

[joy.writing] NYAWA BAGAI TEKA-TEKI C1P1

BAB 1 : BAHAGIAN 1

“Biar mata di kepala terpejam, jangan mata hati dibiarkan kelam”

Seorang lelaki, hanya berseluar, berada di tengah-tengah sebuah bilik usang. Kakinya diikat dan dia digantung dengan kepalanya ke bawah. Kedua-dua tangan dirantai ke lantai. Mukanya merah padam. Tarikan graviti memaksa darah dari semua arterinya untuk turun ke kepala. Peluhnya menitik setiap detik ke lantai yang dilitupi habuk, kertas surat khabar lama, tin-tin kosong dan sampah sarap lama. Bilik yang tidak bertingkap ini hanya diterangi dengan sebatang lampu kalimantang di atas lantai. Kedengaran bunyi cengkerik, dan sesekali tikus menyelinap di celah-celah sampah sarap yang bertaburan di sekitar bilik. Segala bunyi-bunyian unggas malam terhenti apabila kedengaran bunyi sebuah kenderaan menghampiri. Kenderaan itu berhenti dan enjin dimatikan. Bunyi pintu kereta dibuka dan dihempas tutup dengan pantas, disusuli dengan dentingan kunci-kunci dan rantai di sebelah luar pintu. Tombol pintu dipulas dan pintu besi yang berkarat dimamah usia kini terayun ke dalam membanting dinding. Bayang-bayang seorang lelaki yang berjaket menutup kepala berdiri di muka pintu.
Angin malam yang dingin menerjah masuk bilik apabila lelaki yang berjaket ini menghampiri . Tangan kanannya yang erat menggenggam pemegang beg dibuka dan beg yang digenggam tadi jatuh menghempas lantai. Bunyi besi-besi seakan-akan peralatan pertukangan; tukul,gergaji dan paku, menghempas lantai, membuatkan lelaki yang sedang tunggang terbalik dunianya ini terperanjat dan terjaga dari pengsannya. Di bawah penutup kepala, kelihatan satu senyuman sinis apabila cahaya lampu kalimantang yang dibiarkan berbaring di atas lantai menyinari sebaris gigi di bawah penutup kepala jaket seorang lelaki yang kini sudah pasti mempunyai niat yang jahat. Si mangsa kini yang telah sedar mula meronta-ronta. Rantai-rantai yang mengikat tangannya cuba disentap dengan sekuat hati, tetapi tidak sedikit pun melonggarkan skru-skru yang memahat penghujung rantai ke lantai simen itu. Si mangsa mengetap giginya, menahan kesakitan akibat pergelangan tangannya yang melecet.
-TAMAT BAHAGIAN 1-

10.05.2011

Oh My God!

In the midst of creating music, on the verge of creative ideas between me and Razin, I've almost forgot that I have this in my possession. Its a work in progress still, with all the channels are unequally balanced, giving the song a raw yet noisy sound. Enjoy! Now currently try to re-track the arrangement, maybe up the style a lit'bit by adding up some solos. The acoustic version will be uploaded soon.


Trunk radio is currently a proposed name for my band..hahaha! But 2 years has passed, and i think its time to rename it to something more innovative. A couple of ideas came up. How bout "Metropolis With Two Colors"? Or maybe "Trauma Theme Park"? Or how about just plain and simple, "Sleepwalk" Hmm? Well, for those who didn't know, yes! This is my own song. Thank you~

9.19.2011

Queens that lift me, into zero gravity

At first there was Matt Bellamy, a wacky and some say "the sexiest rocker" alive! I was drooling over my guitar, strumming and mesmerizing all his mad-lick and futuristic riffs. Several damage done to my brain when listening to Knights Of Cydonia..But the complicated and God-like material thus keep me bored sometimes. So its time to move on....

Then all of the sudden, the stage was dark as the dawn. Electric surges electrify the speaker's tower and lighting up the stage light in neon-laser ray with fast running motion. Driving the crowd in my right brain crazy and start pushing towards the center of my head. The electronic generated sound then lights the atmosphere. With smokes, merge a figure, holding a weird looking instrument in his hand. With both of his hand's finger, he touches the buttons on that instrument, exhales a sound of melodic-heaven with a post metal and techno, exploding my brain out, splattering on the walls and ceiling. "Pendulum..fuh~" one of them whispered to me. Only my eyes rolling back and forth trying to put back together my brain, pieces by pieces.

Just about to recover, a slow vocal introduces his self as J.H of the west. The bass kicks in and my head start to nod, lightly but not violently. The vocal continues, trying to help me recover. The rhythm guitars starts to light up the hall with a slow strum, sending the audience, nodding their head, back and forth, like a leaf, blown away by a steady breeze. The drum builds up, cymbals crashing repeatedly,  the vocal rose up and along with the audience, as they are not, not one bit, touching the ground and hover to the chorus. The interludes repeats a same riff, all the listeners snap like their are having a spasm attack. The lead shreds their open wide mouth, wide open. Jaws are all on the floor and eyes are bleeding tear as the scaling goes deeper into the heart of the song. Its about to come, to climax on their chest, open wide girls. Here it comes! PUFFF~all heads blown away, eyes popping out, tongue cut into half, face shatter and blood is everywhere! The vocal then settles it down with a whisper "We are The Queens...." I felt on the floor before he finished his sentence..asleep..

Reconcile from the Death

"Death" is his name..he came silently behind..so soft onto my mattress..so quiet..he makes the mosquito buzzing near my ear sounds like the 4th of July..the trees smile from outside the window..with the roots cross hoping to see me die tonight..crows and vultures gather on top of my roof..watching under..chanting the anthem to call upon my rusted soul..The Death is near..i can hear his breath..every hiss me makes when he comes closer to view..I'm so unprepared..what have i done all in my life that I'd deserve such death..Did i forgot all about Him? Did i do my deeds correctly..I am so unprepared..about to swallow the shadow that arises in front of me..this is not it..please tell me its not it..please!

Click!

The light of my untidy room shines my lazy eye, bleeding the darkness in my retina with lights of the chemistry reaction occurring in the glass tube just beneath my ceiling. The light then filtered by a series of repetition shadows of ceiling fan blades..circling my view..spirally throws me into a vertigo. Snap! A soft hand touched my palm, pulling me towards a certain fragrance area. My cheek touches her soft and subtle shoulder. Imagining myself fell face down on a field of blossom and lily and rose and such a beautiful being floats over these field, smiling. I felt safe. The song stops banging on my eardrum as those earphone that supplies me with Valium of the sounds, unplug from its origin position. Both of my eyes open wide, finding a reason to get up so early in the morning. Just like that, the reason to get up, to live, the reason to everything that is living and moving, revolving around the world, stood upon me.

"Get up, get dressed and get real"

Such a nice voice, a nice tone from the one and only. Those 7 words really made my day. My eyes wide open. Crawling out of my bed, reaching for my stuff lying around the floor. My cellphone, got it! My cigarette, got it! My lighter, got it! My pants, got it! Crawling out is the most easiest part, but the next part is utmost the hardest level yet, trying to get up. The season just started, i can feel the warmth of sun light, burn my skin. The world is getting hotter and hotter, I've noticed. Its time to put on those pants of yours and start crunching the numbers. We are losing daylight, here! So here I am, not saying good night, just saying........................